BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »

Wednesday 22 May 2013

HARI GURU VERSI 2013

Assalamualaikum..??? how's life? aku sihat..

        see my tajuk for entri kali ni...???? (broken english). yes, memang aku nak share pasal hari guru kat sekolah aku, even majlis hari guru tu esok.. tak tau kenapa, tahun ni aku macam tak semangat je nak sambut hari guru.. why..??? entah.. maybe sebab baru habis exam and esok last day sekolah, then we all cuti for 2 weeks.. wooooo lame giler.. best woooo..

     tadi aku jawab paper seni.. aku lukis pemandangan waktu senja kat laut dengan guna warna panas.. haha lukisan aku macam entah ape2 je.... ok bukan tu aku nak cerita.. aku nak cerita pasal hari guru. hari guru.. ok  aku ulang, hari guru... you know what is that hari guru?? orang gila pon tahu hari guru u ape. so aku x payah nak explain..

HADIAH UNTUK CIKGU...???

      hadiah..??? aku ada beli ke? bila masa aku beli??? OMG! aku tak beli lagi.. otoke.. otoke? what should I do guys? esok hari guru.. sekarang dah pukul 10 malam.. mana ade kedai bukak.. tak payah lah bagi hadiah.. hahahhaha (gelak jahat).. ok tu kejam... jangan risau. aku dah prepare awal2.

     you know what I do?? hehehehe.. aku selongkar almari... selongkar punye selongkar and akhirnya aku terjumpa benda ni...!!

aku bagi LILIN..

saje letak bantal as background for this pic..


     aku ingatkan lilin ni mak aku dapat mase pegi kenduri kawen sedara-mara aku... rupa-rupanya tak.. lilin ni kakak aku dapat masa cabutan bertuah kat U dia. Aku ulang, CABUTAN BERTUAH.. haha.. mula2 dia x kasi aku ambil.. sebab ni hadiah cabutan bertuah.. ingat senang ke nak dapat.. susah wooo...  tapi disebabkan dia tak kan pakai lilin ni, so dia bagi je aku.. nampak tak betapa 'cowboynya' hadiah aku... woha!! lilin ni aku tak pernah pakai ok.. so jangan nak memandai cakap aku kasi hadiah second hand... (macam ade je orang yang baca blog aku ni...) haha

     okay what aku bagi lilin... pernah dengar tak ayat ni " GURU UMPAMA LILIN''... so, ok sangat lah kan, kalau bagi lilin.. lagipon lilin yang aku bagi ni wangi..

    by the way, kat siapa aku nak bagi???? pulak dah.. aku tak tau nak bagi kat siapa.. sebab, cikgu2 yang ajar aku tahun ni semuanya best2... oleh itu, aku dengan gembiranya nak senaraikan nama2 cikgu yang ajar aku tahun ni and kriteria diorang... hehehe..

  1. Puan Roslina-addmath: dia baik sangat and tak garang.. orangnya manis..
  2. Cikgu Ain-mathmod: cikgu fizik sebenarnya, tapi tahun ni dia ajar math.. 
  3. Cikgu Siti Aminah-fizik: first time masuk kelas kitorang, pergh nampak garang. tapi bila dah mengajar, actually tak garang pon. cikgu ni cantik. aku suka. (mase awal tahun cikgu Wan Z yang ajar kitorang fizik, tapi dah tukar dengan cikgu Aminah).
  4. Cikgu Jihadah-chemist: dia garang sikit je.. kalau kitorang tak siap keje, mesti dia marah.
  5. Cikgu mona-bio: cikgu ni kelakar.. kalau tak sipa keje dia tak marah. tapi teros bagi kad hijau.. tu yang buat aku tak berani tak siap keje tu.. haha
  6. Teacher Mazila-english: dia ajar kitorang sekejap je. sebab ade cikgu praktikal yang ajar kitorang sampai pertengahan tahun. kalau kitorang tak siap keje, dia suruh kitorang duduk kat depan kelas siapkan h/w.. haha kelakar je ramai2 bersila depan kelas.. "get out from my class". 
  7. Teacher Najwa-english: cikgu paling k-pop pernah aku jumpa. dia muda lagi. dialah cikgu praktikal yang ganti teacher mazila sampai pertengahan tahun. dia tak suka bergambar.
  8. Cikgu Aznin-bahasa melayu: cikgu ni baik sesangat. aku tak pernah nampak dia marah. hdup dia macam takde masalah langsung. bestnya jadi dia..
  9. Cikgu zaleha-sejarah: guru kelas aku.. mata cikgu ni coklat.. macam pakai contact lens.
  10. Ustazah Sabarina-agama: ustazah ni suara dia agak perlahan tapi dia kelakar. dia kata dia suka nama Fatin. sebab macam ikan patin.. haha patotlah asyik aku je kena aim waktu dia. 
  11. Cikgu Masrida-PJK: dia agak strict.
  12. Cikgu Faiza-seni: aku jarang jumpa dia. sebab dia ajar seni.. masa exam je aku jumpa dia.
     okay now..., aku dah decide nak bagi hadiah ni kat siapa.. memandangkan aku ni kpoppers, so aku bagilah hadiah tu kat cikgu paling k-pop.. Teacher Najwa!! tapi dia tu tak kenal aku sangat.. nama aku pon dia tak ingat kot.. maybe???? haha, jangan risau, dia akan ingat aku. tapi kenapa mesti bagi dia?? sebab dia cikgu praktikal. tiap2 tahun memang aku akan bagi hadiah kat cikgu praktikal.



B2ST
girls generation
   Teringat pulak kat cikgu  Lukman. dia cikgu praktikal aku masa form 1. aku bagi dia cawan. and dia ingat aku. bestnya dia ingat aku. cikgu tu sporting sangat. dia siap chat ngan aku kat Fblagi. dia cakap, " tenx for the cawan". tapi bila aku dah form 2, kitorang dah x contact. masa form 2 aku tak bagi kat sesiapa pon sebab cikgu praktikal tu dah blah awal2 before hari guru. so tak sempat nak bagi. name cikgu tu, cikgu Hishamudin Idris and cikgu Sulaiman. budak2 sekolah aku gelar diorang 'cikgu hot'. masa form 3 pon aku tak bagi kat sesiapa. sebab xde cikgu praktikal yang ajar aku.

    ish tak bestnya esok tak boleh bawak phone and camera.. camane nak amek gambar???  nak buat kenang-kenangan.. esok Teacher Najwa last kat SMKSU... maybe sebab tu kot aku bagi dia hadiah.. sedihnya.. rase sekejap je dah bulan 5. nak masuk bulan 6.. cepatnya masa berlalu. kenapa tahun  ni aku rasa mase cepat giler berlalu... tak macam tahun lepas.. inilah tandanya dunia akhir zaman. tetiba terasa sebak..(konon2). haha..

    hope esok ade band yang best2 buat persembahan sempena hari guru.. aku paling suka sambutan hari guru kat sekolah agama, masa tu aku darjah 6.. tapi aku lagi rindu sambutan hari guru masa form 1... awesome giler!!!! band2 yang buat persembahan sumenya best2. tarian pon best2.. ade kpop, tarian india and melayu.. hope sambutan hari guru esok lagi best lah..

     ok lah, aku dah penat menaip.. bye. good night!! 

p/s: hari ni birthday Ustaz Hafiz. dia ustaz aku masa darjah 6. dia ajar bahasa arab.. aku dah wish kat dia, tapi aku tak rasa dia ingat aku.. dah lama tak umpa. 4 tahun kot.



Tuesday 21 May 2013

masa 'muda2' dulu

sassy girl chun hyang - favourite drama
Assalamualaikum...! how's life? aku sihat.

awal2 lagi dah ade gambar.. haha.. tajuk pon mase muda2, so aku letak gambar ni sebab mase aku kecik2 aku suka giler tengok cerita ni. sassy girl chun hyang..!

    yeay...!!! finally dah habis exam pon.. tinggal paper seni jer. tapi xtau bila kena jwab exam tu.. malas nak pegi skolah esok.. cikgu x cakap ape2 pon.. so, better aku ambil cuti x rasmi esok.. hahaha.. macam skolah tu bapak aku punya je kan..

    dah nak kat pukul dua pagi.. tapi aku still x tido lagi.. hmm maybe sebab dah terbiase kot tido lambat.. sebab ape aku tido lambat?? sebab aku tengah2 malam aku on the phone ngan lee min ho.. awesome kan..? haha ok itu tipu.. actually sebab exam mid year. btw, tak remaja lah tido awal.. huhu..

   you know what?? exam kali ni aku asyik tido lambat jer.. lambat dia giler2 punye lambat lah.. pukul  4 pagi baru tido. ade skali tu pukul 5 pagi baru tido. hahah paling awal pon pukol 2.30 pagi.. bangun tido pukul 6 setengah pagi. berapa jam je aku tido.. aku study giler2 pon result stil macam @$&^$!!$%#,, ape tah lagi kalau x study kan.. sedar diri ni x pandai macam orang lain..

   tetiba teringat pulak zaman kejahilan aku.. hoho bukan jahil ape, I mean zaman aku x matang dulu.. zaman kanak2.. muda2 dulu.. haha macam tua sangat je aku ni kan.. ok now aku nak citer2 pasal zaman aku muda2 dulu sambil dengar radio hot fm.. bhahaaha.. kalau x suka, boleh pegi main jauh2.. :D ok just kidding bro..

   mase kecik2 dulu aku suke giler buat keje giler.. berangan benda yang bukan2.. kiranya macam ''dare to dream lah''. semua benda aku nak buat... semua benda aku nak jadi.. kadang2 bila piker balik, macam tak logik langsung..

ok ok ok ok aku dah banyak merepek kat sini.., so let start now..


  • teringin giler nak jadi popular macam wannababes dalam novel ain maisarah tu.. kiranya nak jadi budak hot la.. haha pigidaa.. macam tak de impian lain je.. 
  • malas bangun pagi. malas nak pegi skolah. malas nak belajar.. sebabnya aku tak pernah faham ape yang cikgu ajar.. bila cikgu tanya kat kelas aku, apa yang we all x faham, aku diam jer.. sbb aku mmg x faham semua.. boleh dikatakan 20% je aku faham..especially subject math and science. terserlah kebangangan kat situ kan..
  • aku terror giler buat karangan.. sampai cikgu puji karangan aku.. cikgu cakap macam baca buku cerita je.. bila tanya macam mane aku study, aku x tau nak jawab ape. sebab aku mmg dah semula jadi suka menulis.. maybe sebab minat kot.. kalau minat semua boleh jadikan.. haha ok bangga sekejap.. tapi bila dengan nombor, aku lah manusia paling !@#$#@!.. malas nak cakap kelemahan sendiri.
  • tak pernah kenal erti penat. pagi and petang aku pegi sekolah. pagi sekolah kebangsaan, petang aku pegi sekolah agama.. malam pegi tuisyen or mengaji.. sabtu pegi koko. giler padat lah schedule aku dulu.. kalah perdana menteri. (cakap x nak kalah)..
  • aku ni lurus. contohnya, kalau cikgu suruh lari masa latihan sukan, aku lari je. even aku tak suka and aku tau aku x kan dapat nombor 1. kalau cikgu suruh masuk pertandingan tiup belon, aku masuk jer. even aku paling benci dengan makhluk yang bernama belon. dah la kena pecahkan.. rasenya kalau cikgu suruh aku terjun parit, mesti aku terjun jugak..
  • suka giler tengok citer korea.. kau cakap jer tajuk cerita tu ape.. mesti aku tau.. actually habit ni tak hilang sampai sekarang.
  • suka perasan tomboy.. eeewwww!!!! sumpah part ni aku memang malu giler ngan diri aku. pakai baju pon nak yg emo2 je.. padahal diri ni dah semula jadi feminin. tetiba teringat pulak masa aku nak hantar kakak aku kat MRSM TGB. haha serious kelakar.. aku pakai seluar ketat giler.. and baju pulak ala2 boyish.. tapi budak2 MRSM tu semua nampak berkarisma giler.. high class habis! tak main lah badan sekeping. semua badan nak tough je.. since that day aku dah x pakai baju ala2 emo dah.. hihihi.. baru nak sedar diri.
  • kalau makan kat restoran, mesti order nasi ayam and chicken chop.. macam tak de menu lain je. tapi bla dah besar aku dah pandai order benda lain..something yang lagi awesome. biase lah budak baru nak up.. hoho
  • kalau mase latihan sukan, aku paling suka lompat tinggi. sebab aku selalu lepas. tapi tak pernah wakil untuk rumah sukan pon, just bagi mata kat rumah sukan. tapi bila dah sekolah menegah aku lompat dah x lepas.. makin pendek maybe? haha. ok aku tau aku dah merepek. mana ade orang makin pendek.
  • cita2 aku masa darjah 1 nak jadi model!! haha, cita2 paling x boleh blah..sebab aku x cukup kriteria untuk jadi model.. dah la tinggi x cukup 1cm. pastu berangan nak jadi artis! aku nak jadi pelakon, pengacara, DJ radio and penyanyi. perasan suara sesedap taylor swift. tapi bila nyanyi macam kera sumbang.. hoho perumpamaan yang melampau..!
  • latihan sukan lagi... kalau lumba lari paling teruk pon aku akan dapat nombor 4 or 5.. tapi x pernah dapat nombor satu.. nombor 2 pernah lah.. tapi still x lepas untuk wakil mase hari sukan.. sebenarnya aku paling benci sukan olahraga.. not my type.
  • pernah berangan nak wakil sekolah untuk sukan bola jaring.. tapi mimpi je la.. aku main susa giler nak dapat bola.. actually takut bola sebenarnya. aku x suka bola jaring.. tapi still cuba nasib. motif utama untuk dapat sijil je.. haha
  • aku selalu menang pertandingan mewarna and melukis.. banyak kali pulak tu. bakat aku mula terserlah mase darjah 2. dapat nombor 1 lagi..! haha kau ade?? paling best, mase aku darjah 4, cikgu siap tampal lagi lukisan aku kat papan kenyataan sekolah. tajuk lukisan aku tu perang dingin. tu pon kalau ade orang ingat lah. sebab tu bila form 4 ni aku amek seni.. tapi terasa macam nak drop pulak subject seni tu..rasa macam nak bersara je daripada dunia seni ni.. ececeh..(annoyingnya...)
  • berangan nak amek bahasa arab masa sekolah menengah. nak masuk kelas sains,, padahal aku ni x lah pandai sangat.. berangan je lebih.. tapi alhamdulillah aku dapat ape yang aku nak.
  • kulit aku masa kecik2 dulu licin. kalah lisa surihani.. tapi sekarang siket2 pimples. sakit hati je..
  • masa rehat je aku x kan beli makanan yang mak cik kantin masak. aku akan beli something yang dalam plastik like roti or yg fresh2 pakcik tu masak depan mata aku macam burger.. ni semua sebab aku terpengaruh dengan iklan2 makanan beracun. lagipon makanan kat kantin x panas. mesti dah sejuk and x sedap. tapi bila dah darjah 6 baru aku start makan  makanan yang makcik kantin tu masak. sebab makanan tu dah x sejuk.panas2 and nampak sedap.
  • suke gila kat bunkface. semua lagu dia aku hafal. pagi2 je, lagu tu lah yang kejutkan aku.. tapi sekarang dah x lagi.. aku layan kpop jer..
  • aku ni agak giler kuasa.. actually x sangat.. masa form2 je. aku conquer jawatan president untuk kelab rukun negara. padahal aku naib pengerusi je. dah pengerusi x pernah datang, so aku lah presidentnya kan.. haha, lagipon aku dapat vote lagi banyak daripada pengerusi, tapi disebabkan aku perempuan, aku dapat jadi vice president je..
  • jadi pengawas dewan.. entah sekolah aku je tetiba ade pengawas tu. sekolah lain xde pon. kau dengar pon nak tergelak kan. paling x boleh blah pengawas dwan sesi petang dianaktirikan! OMG!! kena bash kot. nak pakai nametag pengawas dewan pon malu, even colour dia cantik. colour grey.. how sad.. tapi bila dah masuk sesi pagi.. semuanya ok. sebab senior pengawas dewan semuanya awesome2.. btw, aku dah x jadi pengawas dewan dah..
  • siket2 kartun. aku sanggup bangun pagi2 semata-mata nak tengok kartun.. like dragon ball, ultraman and dll. then tido balik.. siapa same macam aku..??? angkat tangan!!
  • baju nak colur pink jer.. pastu nak yang ade kartun2.. kalau xde, aku x nak pakai.. mengada-ngada betol.  :P
  • aku pon suka tengok cerita hannah montana. selalu berangan nak jadi macam hannah montana. suke giler dengan miley cyrus. tapi sekarang dah tak.. tak tau kenapa. 
  • yes, I am kpoppers. problem? kpop ni baru lagi aku layan.. mase form 2.. sekarang ni aku form 4.. tapi aku macam dah x berapa nak obses sangat dah dengan kpop ni.. just layan lagu dia je.. maybe sebab tahun lepas aku busy dgn pmr kot..(macam aku sorang je nak exam..haha). tapi aku suka tengok runningman.. kau suka???
  • suka giler dengan hari2 yang x belajar.. macam sambutan hari guru, merentas desa, hari sukan and something yang sewaktu dengannya. ''cemerlangnya'' perangai aku ni.. bhahaha..!
  • aku pernah colour rambut.. colour perang.. sampai ade orang panggil aku rambut karat.  ntah pape je.  jeles cakap lah.. ok tu zaman kejahilah aku je.. rambut hitam lagi cantik..
  • paling tak boleh blah.., aku teringin nak ade haters. macam artis.. serious impian yang paling tak boleh diterima pakai.. cuba sekarang kalau kau ade haters?? perang dunia ketiga lah jadinya..
  • mase mula2 buat blog (form2).. prasan macam ade je orang nak baca blog aku ni. padahal aku je yang syok sendiri.. ayat nak macam artis je.. tapi sekarang aku dah x buat dah habit tu.. dah insaf ok..
  • Mase sekolah rendah, aku pandang budak sekolah menengah ni macam dah besar sangat. padahal kecik jer. paling ntah ape2, aku piker budak sekolah menengah ni disiplin teruk. sebab diorang asyik couple je. tapi bila masuk sekolah menengah, couple tu perkara biase je.. tapi aku je yang single. sebabnya xde sape nak kat aku.. haha sad life kan..
     ok.., sampai sini je aku nak share.. bila baca balik memang giler sucks lah perangai aku dulu.. by the way, tenx for reading..



p/s: ade orang giler hack facebook aku..! siapalah manusia yang tak bertanggungjawab tu kan.. haish.. hope lepas ni facebook tu dah boleh on balik... :(